Kuih-muih adalah sesuatu hidangan yang selalu dapat dilihat apabila kita menziarahi saudara-mara pada Hari Raya Aidilfitri. Ada yang telah dibuat sendiri dan ada yang telah dibeli. Tidak kira dari mana kuih-muih itu didapatkan, ia tetap dinikmati oleh para tetamu. Kuih-muih seperti kuih suji tidak keras apabila dimakan. Ia sering digemari bukan sahaja oleh anak kecil tetapi juga orang-orang dewasa. Kuih lapis pula berwarna-warni. Seringnya, kuih ini berwarna merah jambu ataupun bercampuran warna. Kuih lapis rasanya lembut apabila dipegang dan dimakan. Tidak semestinya kuih-muih ini hanya dimakan pada Hari Raya Aidilfitri sahaja, tetapi setiap hari ada juga.
Gambar (atas): Kuih Lapis
Gambar (bawah): Kuih Suji
No comments:
Post a Comment