Ibu dan bapa saya pernah menceritakan kepada adik-beradik saya tentang zaman mereka. Banyak kali saya cuba membayangkan bagaimana suasana di kampung pada waktu itu. Adakah ia tenang sahaja atau selalu kecoh? Adakah ia menarikkan atau selalu membosankan? Alangkah menariknya jika saya cuba menetap di sebuah kampung.
Pernah satu satu kali saya membayangkan diri sedang bermain bersama rakan-rakan di kampung. Kami bermain dengan permainan tradisional budaya Melayu seperti gasing, congkak, batu seremban dan lain-lain lagi. Sungguh menarik bermain bersama mereka dan cukup menggembirakan! Walaupun saya membayangkan tentang pada masa dahulu, pada masa kini juga ada. Terdapat banyak permainan tradisional yang dijual di Arab Street dan Bussorah Street.
Sejak saya kecil lagi, apabila terdapat sesuatu majlis di Masjid Sultan, kami sekeluarga akan ke situ. Selepas majlisnya, ibu dan bapa akan membawa adik-beradik saya ke kedai yang menjual permainan tradiasional Melayu itu. Di situ, sambil memilih permainan, ibu saya akan menceritakan tentang zaman dahulu.
Saya memang suka bermain bersama permainan-permainan tradisional ini. Permainan yang paling menarik untuk saya adalah gasing. Agak sukar pada kali pertama mencubanya, dan ia mengambil masa yang agak lama untuk bermain dengan baik. Saya suka melihat gasingnya berpusing-pusingan. Saya ingat yang kakak saya, Habibah sungguh bagus dalam permainan ini!
Congkak juga menarik. Congkak tradisional dibuat daripada kayu, sememtara yang moden dibuat daripada plastik. Tetap, permainan ini memang sungguh menarik!
Saya harap, dan saya tahu yang permainan ini semua tidak akan dilupakan. Sebagai orang Melayu, kami harus meneruskan budaya Melayu di Singapura ini. Budak-budak kecil berbangsa Melayu harus mengenal pasti tentang budaya mereka sendiri, sejak kecil lagi.