Monday, September 27, 2010

Post Dua ; Perkahwinan atau Pernikahan

Di sekeliling kami terdapat ramai orang yang berkahwin. Ada orang Cina, Melayu, India dan juga orang dari negeri-negeri yang berbeza. Cara perkahwinan mereka lain kerana bangsa dan budaya mereka yang berlainan. Boleh dikatakan yang lain bangsa, lain cara perkahwinannya.


Cara perkahwinan pada masa dahulu agak berbeza dengan masa kini. Pada masa dahulu, adanya majlis merisik. Majlis merisik ini adalah untuk memastikan yang perempuannya masih belum berpunya. Mungkinlah pada masa dahulu majlis ini dipentingkan kerana ibu bapa yang memilih orang untuk berkahwin bersama anak mereka. Ini sungguh berbeza dengan cara masa kini.


Kini, tidak perlulah mengadakan majlis merisik. Pada masa sekarang, dewasa-dewasa dapat memilih siapa mereka hendak berkahwin dengan. Mereka berkenalan lalu lama-kelamaan, mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Sebelum mereka berkahwin, mereka sudah tahu tentang latar belakang mereka, kedua-duanya.


Tidak salahlah jika majlis merisik tidak dijalankan. Ini hanya menunjukkan yang masyarakat pada masa kini sudah maju. Ada orang juga yang tidak menjalankan majlis bertunang, kerana mereka berasa yang ia hanya "membuang masa". Sekarang juga, majlis perkahwinannya lebih besar!


Saya juga dapat memerhatikan yang ada perkahwinan tidak menggunakan kompang lagi, tetapi ada yang menggunakan motor "Harley Davidson" sebagai alat muzik! Sepatutnya mereka mengadakan kompang, supaya ia menunjukkan yang ini adalah perkahwinan orang Melayu, apabila orang melihatnya.


Tetapi, ini semua terserah kepada individu masing-masing. Mahunya mereka pengantin besar atau kecil, mereke tetap harus memegang kepada budaya Melayu yang baik. Janganlah sampai pakaian-pakaian lelaki dan perempuannya tidak senonoh.